PRiSm’19

PRiSm’19 merupakan pertandingan hasil inovasi pensyarah, siswa guru, guru sekolah, pelajar sekolah dan pengamal pendidikan yang berkaitan. Kategori pertandingan ialah dalam bentuk Pertandingan Inovasi Pendidikan, Projek Inovasi (Terbaik) IPGK dan Bicara Tuntas (BT). PRiSm’19 merupakan anjuran IPG Kampus Darulaman dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Program ini pada tahun yang lalu dikenali sebagai iDBOS.

Objektif
Pertandingan ini bertujuan untuk:

  1. Memantapkan budaya inovasi dalam kalangan pensyarah, siswa guru, guru sekolah, pelajar sekolah dan pengamal pendidikan.
  2. Menghasilkan siswa guru yang berfikiran kreatif, inovatif dan inventif dalam PdP.
  3. Menggalakkan penyelesaian masalah pedagogi melalui kreativiti dan inovasi.
  4. Menggalakkan penghasilan ‘Projek Inovasi (Terbaik) IPGK’ dalam kalangan institusi pendidikan guru.
  5. Menjalin hubungan strategik antara IPGK Darulaman dengan Kerajaan Negeri Kedah, institusi pengajian tinggi, sekolah-sekolah dan komuniti sekeliling.

Tarikh : 22 -23 JULAI 2019 (Isnin – Selasa)
Tempat : Dewan Besar, IPG Kampus Darulaman
Tema : Pemantapan Inovasi Dalam Era Revolusi Industri 4.0
Bahasa Pertandingan : Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Kategori Penyertaan :

  1. Pertandingan Inovasi Pendidikan
  2. Projek Inovasi (Terbaik) IPGK
  3. Bicara Tuntas 2019

Pertandingan Inovasi terbuka kepada:

  1. Pensyarah IPG/IPT/IPTS/Kolej
  2. Guru Sekolah
  3. Pegawai-Pegawai JPN/PPD/KPM
  4. Siswa Guru/Siswa IPT/IPTS/Kolej/Pelajar Sekolah

Bicara Tuntas terbuka kepada:

  1. Pensyarah IPG/IPT/IPTS/Kolej
  2. Siswa Guru/Siswa IPT/Kolej
  3. Pelajar Sekolah Menengah
  4. Pelajar Sekolah Rendah