Syarat Penyertaan

PERTANDINGAN INOVASI DARULAMAN
PERINGKAT KEBANGSAAN 2019 (PRiSm’19)

a. Pertandingan Inovasi Pendidikan

  1. Pertandingan ini terbuka kepada pensyarah, siswa guru, guru dan pelajar.
  2. Penyertaan adalah terbuka sama ada individu atau kumpulan mengikut kategori. Jumlah maksimum peserta setiap kumpulan ialah LIMA (5) orang.
  3. Bagi penyertaan kategori kumpulan pelajar, bilangan pensyarah atau pembimbing tidak boleh melebihi 2 orang.
  4. Sebarang projek atau bahan yang berunsur inovasi mesti ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Projek yang dicalonkan mesti berkaitan dengan tema “Pemantapan Inovasi dalam era  Revolusi Industri 4.0”.
  5. Sesuatu inovasi mesti baharu. Bagi inovasi yang telah dipertandingkan dan mempunyai apa-apa award terdahulu mesti melakukan pengubahsuaian ke atas inovasi tersebut.
  6. Demonstrasi projek/bahan sebenar perlu dipersembahkan oleh calon atau wakil kumpulan semasa sesi penilaian diadakan.
  7. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  8. Selepas pendaftaran diluluskan peserta TIDAK DIBENARKAN MEMBUAT SEBARANG PERUBAHAN nama ahli kumpulan, tajuk dan kategori pertandingan.
  9. Tarikh tutup penyertaan adalah pada atau sebelum 11 JUN 2019.
  10. Peserta perlu menyediakan laporan projek lengkap mengikut format yang ditetapkan (Rujuk Lampiran A) untuk dipamerkan pada hari pertandingan.
  11. Pihak penganjur berhak membuat suntingan sinopsis tanpa memohon kebenaran daripada penulis.

b. Pertandingan Bicara Tuntas Inovasi 2019

  1. Pertandingan ini terbuka kepada:
    – Pensyarah IPG/ IPT/ Kolej/ Guru
    – Siswa IPG/ IPT/ Kolej
    – Pelajar sekolah menengah
    – Pelajar sekolah rendah
  2. Peserta diberi masa selama lima (5) minit untuk berkongsi idea inovasi dan menyampaikan idea tersebut kepada khalayak penonton dalam Bahasa Melayu secara sehala.
  3. Peserta juga perlu menyediakan slaid/video untuk ditayangkan semasa pembentangan dibuat.
  4. Idea bicara tuntas yang dipertandingkan mestilah berdasarkan inovasi yang telah dilaksanakan dan bersesuaian dengan tema pertandingan.
  5. Inovasi yang dipamerkan juga boleh digunakan untuk tujuan pertandingan.
  6. Cetusan idea mestilah daripada penjanaan idea sendiri dan bukan plagiat. Adaptasi penambahbaikan idea sedia ada boleh diterima pakai selagi aspek penambahbaikan tersebut merupakan faktor utama hasil kreativiti.
  7. Keperluan bahan untuk membangunkan idea atau persiapan sebelum hari pertandingan adalah tanggungjawab peserta.
  8. Pertandingan akan dinilai oleh panel yang dilantik oleh penganjur dalam kalangan pegawai/pensyarah agensi luar/ berkecuali.
  9. Keputusan pertandingan adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  10. Tarikh tutup penyertaan adalah pada atau sebelum 11 JUN 2019.
  11. Peserta perlu menyediakan laporan projek lengkap mengikut format yang ditetapkan (Rujuk Lampiran A) untuk semakan hakim pada hari pertandingan
  12. Maklumat lanjut berkaitan Pertandingan Bicara Tuntas, sila rujuk (Lampiran B)
  13. Pihak penganjur berhak membuat suntingan sinopsis tanpa memohon kebenaran daripada penulis.

c. Syarat Penyertaan Projek Inovasi (Terbaik) IPGK

  1. Institusi yang mempunyai projek inovasi (terbaik) IPGK dan berminat menyertai projek inovasi  boleh menghubungi pihak urusetia untuk maklumat lanjut.
  2. Penyertaan adalah terbuka kepada semua Institut Pendidikan Guru (IPG) di Malaysia.
  3. Setiap kumpulan Projek Inovasi (terbaik) IPGK tidak boleh melebihi 8 orang.
  4. Hadiah disediakan dalam bentuk trophi dan sijil kepada pemenang tempat pertama hingga ketiga. Sijil penyertaan disediakan kepada semua kumpulan Projek Inovasi (terbaik) IPGK yang menyertai PRiSm’19.
  5. Pihak penganjur berhak membuat suntingan sinopsis tanpa memohon kebenaran daripada penulis.

Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan:

Dr. Ahmad Sobri bin Shuib (Ketua Urusetia)
No Tel : 012-5865152

Dr.Muhammad Nidzam bin Yaakob (Urusetia)
No Tel : 019-5525372

Dr. Julinamary Parnabas (Peserta Bicara Tuntas Inovasi)
No Tel : 012-6924812

Dr. Azizah bt.Sarkowi (Peserta Pertandingan Inovasi)
No. Tel: 012-7038528

Dr. Ismail Yaacob (Peserta Pertandingan Projek  Inovasi (Terbaik) IPGK
No. Tel: 013-437 6400 (HP)